Wednesday, March 28, 2012

~KetentuanNya~

Mengupas kehidupan manusia yg tak pernahnya sempurna. Aku perhatikan sekeliling, semuanya penuh dgn pelbagai dugaan. Yang muda lain dugaannya, yang tua pun lain dugaannya. Tetiba terasa ingin mengupas sikap lelaki yang tidak berperikemanusiaan dan suka bertindak tanpa berfikir panjang.

Benar, jika dah sayang kita akan terima segalanya tentang dirinya. Namun, aku tidak terdaya untuk menentukan kehidupan yang dilalui kawan baikku sendiri. Aku terlalu sedih bila dia dipukul ditendang oleh suaminya sendiri kerana sikap suaminya yang terlalu marah. Knp harus dilakukan sehingga seperti itu? Tidak ada sikit pun rasa kasihan ke terhadap insan yang selalu dipanggil sayang? Dan mampukah sahabatku menghadapi segalanya dengan begitu tabah??

BUAT ADUAN!! Ye itu yang akan dikatakan oleh kita. Tapi jika kita ditempatnya, pasti kita juga akan sentiasa berfikir "mampukah aku mengadu?" "Mampukah aku membesarkan anak2 tanpa suami?" "Haruskah aku memberikan suami peluang untuk berubah dan akan membina keluarga yang sungguh bahagia?"

Org ramai akan berkata-kata "jgn lah jadi bodo. Lelaki kalu tgn dan kaki dah naik dia akan lakukan lagi". Betul. Pasti kita dapat menyelesaikan segalanya tanpa menyakiti diri sendiri. Pasti tanpa dia yang kejam disisi. Pasti bole. Xkn nk tunggu patah riuk baru nk blah?? Ohw tidak~! Mungkin dia bleh bg chan! Tp klu buat lg, ahhh... Jgn lahhhh. Sedih peah tau!!

Tapi setelah aku bersama2 mendengar ceritanya. Aku terasa dia begitu tabah menghadapi hidupnya. Dia sentiasa berdoa supaya الله membuka hati suaminya supaya akan berubah sedikit demi sedikit. Tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Apa yang aku boleh contohi dari dirinya "sentiasa memaafkan mereka yang melakukan kesilapan dan sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka". Namun... Aku masih sedih dan takut adakah dirinya akan diperlakukan sekali lagi seperti mana yang dia pernah lalui sebelum ini? Aku takut hilangnya kawan yang begitu baik. Tapi aku hanya insan luar yang tidak boleh masuk campur dan tentukan untuknya. Hanya الله yang mengetahui segalanya.

Ya rabbi. Kau lindungi dia dan jadikan mereka keluarga yang bahagia. Dan kau lindungilah aku dan jadikan juga aku dan keluargaku sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh muuuuu~