Wednesday, August 10, 2011

+Kenapa Orang Suka Merampas Hak Orang lain+

Saya sendiri tidak faham kenapa ramai manusia di luar sana yang suka sangat merampas hak orang lain. Bukan main susah nak membina saseuatu perhubungan, ada yang sampai bertahun tahun, tapi ade nye orang yang tak berhati perut sanggup nak memusnahkan hubungan orang lain. Sedih dengan orang macam ni.

Ade yang kata, bukannya dah kawin..baru girlfriend kenape nak kecoh? jadi kalau kita dalam relationship @ COUPLE, ape itu boleh bagi lesen ke dekat orang untuk rampas orang yang kite sayang? Kita harapkan orang di sekeliling untuk memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik namun sebaliknya yang berlaku.Ada juga kawan2 yang menyucuk dari belakang. Sayang ade kawan sebegitu. Segala yang dimiliki telah dirampas dengan sengaja atas alasan yang paling menyakitkan hati – DIA JODOH AKU, AKU MINTA MAAF.

Sebenarnya, ramai yang tertanya-tanya sebab kenapa orang suka mengambil hak orang lain sedangkan masih ramai lagi lelaki atau perempuan di luar sana yang masih bujang.

“DIA MATANG, AKU SUKA SIKAP MATANGNYA” :

Kenapa ya? Kenapa suka sangat menggunakan alasan matang sebagai cara untuk mendapatkan hak orang lain? Saya sendiri pelik dan hairan dengan sesetengah pihak yang suka mengambil hak orang lain atas alasan matang. Adakah kerana lelaki bujang ini kurang matang atau lelaki yang sudah berpunya ini terlebih matang? Tapi di sini saya ingin tegaskan bahawa,BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI. Jadi, sekiranya si perampas ini sedang cuba untuk mengambil perhatian lelaki/perempuan yang sudah berpunya ini, segalanya tidak akan membuahkan hasil sekiranya si lelaki/perempuan yang sudah berpunya ini tidak membalas godaan atau cubaan si perampas. Bak kata orang, pokok tidak akan bergoyang sekiranya angin tidak bertiup. Tidak begitu? Nasihat saya pada lelaki/perempuan yang sudah berpunya di luar sana, sebaik-baiknya cubalah untuk menghargai insan tersayang yang sentiasa menyayangi diri anda. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu bahawa sesuatu yang bernilai ada bersama dengan kita sehingga kita sendiri merasai kehilangannya akibat tidak menghargainya.

“JODOH AKU DENGANNYA KOT” :

Kaum perampas ini memang teruk. Suka merampas hak orang lain, malah mereka juga turut merasakan bahawa mereka ini sebagai Tuhan. Jodoh ajal maut segalanya ditentukan oleh Tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan segalanya hanya diserahkan kepada Tuhan. Jadi, alasan ini sememangnya merupakan alasan basi kerana si perampas hanya manusia biasa dan mereka sendiri tidak tahu dengan siapa mereka bakal hidup bersama sepanjang hayat. Namun, tidak saya nafikan terdapat sesetengah orang yang bertemu jodoh dengan suami orang atau kekasih orang lain.

DIA MENARIK, ROMANTIK, PENYAYANG” :

Mana anda tahu lelaki/perempuan yang sudah berpunya itu penyayang dan menarik? Mustahil tidak wujud lelaki/perempuan bujang yang penyayang dan menarik dalam dunia ini. Keadaan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya selagi anda tidak memberikan peluang kepada lelaki/perempuan bujang ini untuk membuktikan cinta mereka terhadap anda. Tak kenal maka tak cinta.

“DIA MEMAHAMI DIRI AKU” :

Maksudnya, lelaki/perempuan bujang di luar sana memang jenis yang tidak tahu memahami pasangan sendiri? Anda perlu ingat bahawa manusia tidak sempurna. Mungkin pada permulaannya, lelaki/perempuan bujang ini tidak cukup mahir dalam bab memahami pasangan namun sekiranya diberi peluang, mereka juga akan boleh berubah menjadi lebih memahami pasangan. Jadi anda perlu bersabar, nama pun cinta bukan?

“MEMANG PERANGAI AKU, SUKA RAMPAS HAK ORANG”

Sejujurnya, memang teruk perangai manusia sebegini. Masih ramai lagi manusia bujang di luar sana, namun hak milik orang lain juga yang dia mahukan. Tentang hal ini, saya memang tidak mampu bercakap banyak kerana kebanyakannya memang suka merampas hak orang sedangkan mereka sendiri sudah tahu bahawa si polan tersebut sudah berpunya. Malah, si perampas ini tanpa segan silu telah cuba mengatur langkah untuk menggoda si polan tertentu walaupun dia tahu si polan itu sudah dimiliki seseorang. Mungkin hobi dia sewaktu masa lapang kot!

“DIA LENGKAP” :

Ya, memang si polan itu lengkap dengan segala-galanya. Dari segi harta, rupa paras, akademik, budi bahasa, segalanya cukup lengkap. Apatah lagi sekiranya si polan itu cukup bijak mengambil hati si perampas ini, maklum sahajalah, si polan ini sudah mengerti dan mengetahui selok-belok percintaan terlebih dahulu jadi cukup mudah bagi si polan untuk menarik minat si perampas ini. Bak kata orang, lelaki/perempuan yang berpengalaman lagi baik daripada lelaki/perempuan bujang yang tidak tahu apa maksud cinta. Kononnya.


Namun bagi saya, sekiranya si polan itu jodoh untuk si perampas, mungkin si perampas ini tidak patut disalahkan 100%. Tapi, sekiranya si perampas ini mempunyai niat yang salah sejak dari awal perkenalan, memang si perampas ini tidak patut dimaafkan.

*Maaf andai ada yang terasa hati..Tiada niat memburukan orang lain..Sekadar berkongsi ..dah banyak benda berlaku..bukan sahaja pada kekasih hati, tunangan , malah sanggup mengambil hak seseorang yang sudah berkahwin...Salam Ramadhan.. =D


2 comments:

  1. awat ni yang... macam ade experience je ngan spesis di atas.. ade yg wat hal ngan ko ke..

    ReplyDelete
  2. saje nak tulis pepanjang~!

    ReplyDelete