Friday, October 19, 2012

+beli tanpa berfikir+

Ni lah natijahnya klu berjalan-jalan nampak sesuatu terus beli tanpa berfikir dengan waras... Hihi...almaklumlah lama tak berjalan-jalan dan membeli belah kan...


hahahahahahahahahhaahahhaa....
beg ni murah jer,,,tak sampai rm50 pon... tapi sebab lama tak membeli kan...dan tgk polca dot...setakat nak bawak g kerja lik kerja letak wallet dan hp dan tab tu cukup lah ni... saja tukar selera... bosan dengan handbag lama katanyew...


Ni pulak kaler ijau TERANG ni memikat hati jugak... tgk macam menarik jugak,,, Aku pon bli benda alah ni... letak lah kat table sendirik tak nak bagi org lain pakai...rm5 jer pon...ok lah kan...hikhik
#ngengada

Tapi sebab dah kurang bizi tu yang jenjalan kan...jauh kot...sampai ker equinpark...(tapi sebab anta servis pump kat situ tu yang menyinggah kat jusco equinpark tu...
okay...okay...
ni cerita lama... tapi sebab xcited nak citer kan...lama pun nak citer jugak lah dalam blog ni...
haiii... yatie...yatie...
APTB~!



Thursday, September 13, 2012

Ni ENTRY tak puas ati ker apa????

     Dari malam tadi rasa macam tak puas ati dan bikin hati panas lak...huuuuuuuuuuu...kenapa ek?PEOT kowt...emosi tak stabil ngan hubby tak de...sailing dah berapa ari tu tak de line...anak lagi...kerja yang tak berhenti lagi....oh hoi....aku sakit otak di buatnya....

     Okay kita start dari saya lik kerja semalam...pu3 merengek...tak selesa kowt...tak per susukan mandikan dan tidokan..adalah budak kecik 3tahun ni yang mulut bising dan tak makan saman org nya... buat bising dan pu3 tak leh tido...uwwwwaaaaaaaa...sob...sob...sob....

     saya bawak pu3 masuk bilik...alahai sian anak bonda ni sebab bila tgk dia muntah kan semua apa yang dia minum dan makan dengan banyak sekali sampai kene tukar sarung tilam dan juga baju yang dia pakai tu... luckily dia tak menangis...alhamdulillah... tapi sy yang pening plak malam tadi...apa yang sebenarnya berlaku dua tiga hari ni...aku merapu tanda protes ker?????

    Pagi2 nak mandikan pu3 nak pi tadah air sat... GEDEBUKKK!!! adoi aku jatuh dalam bilik air ngan anak aku....pasal nak elak pu3 jatuh dulu aku ni twis badan aku macam nak jadik supermak lah konon nyer...tapi pu3 terantuk jugak kat pintu....WAAAA....sian pu3 nangis....sorry dear...so careless lah aku kan. Tu namanya malang tu tak berbau kan....

Sebenarnya semuanya tak de issue pon...tapi sebab jiwa ni kacau tahap gaban tu yang aku rasa macm tak puas hati ja harini dan jugak aku rasa macam ada yang tak kene ja...sob sob~!

   -the end-

Tuesday, September 11, 2012

Dia dah tak nak botol langsung sekarang ni~! sob~! sob~!

    Dari bulan APRIL baru sekarang rasa nak tulis blog ni semula.... Ntah lah kan.... Sibuk ngan anak yer jugak...Kadang nak tulis tapi macam tak tahu nak tulis apa sebenarnya kat blog aku nin pun yer jugak.... Sekarang ni bila dah ada Baby ni...macam nak update ja pasal anak aku ni kan... Pejam celik Pejam celik dah 7bulan besarnya anak aku ni...Walau aku tgk dia ni kecik comel ja,,, (tgk lah ummi abah dia....kecik ja kan) #perasan

     Huuuu....paling aku susah ati sampai sekarang adalah anak ku sgt bijak....walau pun org cakap dia sgt susah dan menyusahkan...tapi dah dia anak aku...aku rasa tak lah susah mana cuma dia amat lah peka pada keadaan sekeliling.. Selama 7 bulan ni baby pu3 sangat-sangat tidak mahu minum menggunakan botol... Lelagi apabila aku ada dengan nya...Hanya mahu sy juga...Oh baby... even susu dalam botol tu adalah susu yang baru diperah...bertuah betul anak ku ni kan...huhuhu... membazir sahaja susu itu selalunya... dulu nak jugak minum...lepas raya ni langsung tak mahu nya lah klu bagi botol...nampak puting dah geleng kepala maca org besar.... Puas pujuk dah... Tak jalan... #dunwanbottle... Dulu punya cerita dan bli macam2 botol dan puting...Pu3 xmo okay... nasib baik tak bli mama jumi...klu bli pu3 tak mo mmg nangis teresak2 terus~!

    Ada tanya kat doktor jugak...doktor tanya aku balik."awak tak ajar dia dari baby ker?" sy jawab lah "dari dalam hari lagi doktor"... In dat case ur baby so brilliant. dia tahu bezakan antara yang betul dan tipu... (ni nak sedapkan ati aku ke apa).. advantage nya baby tak kan confuse antara ibu dan botol... alahai,,,bby pu3 mmg tak mahu kowt botol~!

     Kesian tgk baby Pu3...sekarang ni lagi sgt sgt kurang susu...sebelum g kerja dan selepas balik kerja ja bagi dia nenen..sebab pengasuh bagi makan ja...sedih tau...baby membesar kene minum susu... bercadang nak bli training cup nak ajar pu3 minum susu melalui cawan... even saya pump susu baby tetap tak mo... kadang sy cuti sudukan jer lah kat dia susu... tapi sikit2...2oz ja...tapi kerap lah...malangnya, rajinlah pulak pengasuh dia nak buat macam tu kan? niat yang murni hari ni nak g carik training cup.. harap baby pu3 senang minum susu lepas ni... #wish 

     Dari review ramai orang baby 6m++ dah leh bagi belajar minum pakai spout/training cup...malangnya aku dah bli pon soft spout avent dan brand MAM... gambar ajar dia minum pakai spout mmg tak de sebab sy struggle ajar dia sampai tak terpikir nak amik gamba...baby still refuse...ikut perangai sapa ni aku pun tak tahu lah kan... hihihihi.... Harap sgt arini nak bli lain dan baby pu3 akan suka jugak.... #caiyokk
`1



Tuesday, April 3, 2012

Armarhum hj miswan bin hj said

     Ajal dan maut tu di tangan tuhan yang maha esa. Pemergian yang memang tidak disangka betul betul memeranjatkan seisi keluarga. Pemergiannya memang tidak menyusahkan sesiapa namun tidak siapa sedari bila dan bagaimana dia meninggalkan kita.

     Tidur dan tidur selamanya. Ya allah. Tidak terfikir arwah akan tidur selamanya meninggalkan orang tersayang tanpa memberi kata kata terakhir. Dan kami tidak sempat menemaninya disaat saat arwah melalui waktu nazaknya. Dan tidak sempat memohon kemaafan darinya. Dan kami alpa setiap petanda yang arwah akan pergi.

     Jam 5pg arwah bangun dr tidurnya dan memberitahu aku yang sedang menyusukan pu3 "abah batuk pulak wa..". Dia mmg selalu batuk yang macam tu. Aku menyuruhnya makan ubat batuk. Sebaik arwah makan ubat batuk, arwah naik dan menegur pu3 "ohw da tdo ye? Atuk nk tdo lah". Itulah kata2nya yang terakhir. Akulah insan yang terakhir yang mendengar suaranya.

     Jam 8 pg, mak naik ke atas kejutkan arwah tuk sarapan pagi. Kebiasaannya arwah akan turun jam 7pg. Aku terdengar mak teriak "abah,abah,abah..." berulang-ulang. Aku terus menuju ke bilik. Ku pegang kaki ku pegang tangan. Sejuk. Ku check nadi. Senyap. Ku letak tangan dihidungnya. Hembusan tiada. Ku terdiam dan menenangkan emakku yang seakan tidak percaya apa yang berlaku. Selalunya si arwah akan tido di kerusi malas setiap kali dia batuk-batuk. Aku minta emak membaringkan kerusi malas arwah. Terketar tangan emak ku. Ya rabbi. Allah sedang menguji sebenarnya. Emakku buntu. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Seorang demi seorg abang dan kakak ku hubungi. Aku ternangis setiap perbualan di talipon. Tak tertahan perasaan nya.

    Jenazah di ikamatkan dan dibawa ke ruang tamu. Ya allah, itu abah ku. Terkaku membisu. Jiran tetangga semakin ramai setelah pengumuman kematian. Pesan arwah "dipercepatkan urusannya jika aku tiada esoknya". Maka dipercepatkanlah. Ku kucup dahi arwah. Ku kucup pipi arwah sebelum jenazah lengkap dikapankan. Dibawa ke mesjid untuk disembahyangkan. Ya rabbi. Sehari sblm aku membuat status "bersembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" di facebook. Tidak ku sangka esokny abahku disembahyangkan.


     Yang pergi memang xkn kembali lagi. Tabahlah hayati. Ku doakan pemergiAnnya dengan aman dan arwah di golongkan di dalam golongan yang beriman. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Wednesday, March 28, 2012

~KetentuanNya~

Mengupas kehidupan manusia yg tak pernahnya sempurna. Aku perhatikan sekeliling, semuanya penuh dgn pelbagai dugaan. Yang muda lain dugaannya, yang tua pun lain dugaannya. Tetiba terasa ingin mengupas sikap lelaki yang tidak berperikemanusiaan dan suka bertindak tanpa berfikir panjang.

Benar, jika dah sayang kita akan terima segalanya tentang dirinya. Namun, aku tidak terdaya untuk menentukan kehidupan yang dilalui kawan baikku sendiri. Aku terlalu sedih bila dia dipukul ditendang oleh suaminya sendiri kerana sikap suaminya yang terlalu marah. Knp harus dilakukan sehingga seperti itu? Tidak ada sikit pun rasa kasihan ke terhadap insan yang selalu dipanggil sayang? Dan mampukah sahabatku menghadapi segalanya dengan begitu tabah??

BUAT ADUAN!! Ye itu yang akan dikatakan oleh kita. Tapi jika kita ditempatnya, pasti kita juga akan sentiasa berfikir "mampukah aku mengadu?" "Mampukah aku membesarkan anak2 tanpa suami?" "Haruskah aku memberikan suami peluang untuk berubah dan akan membina keluarga yang sungguh bahagia?"

Org ramai akan berkata-kata "jgn lah jadi bodo. Lelaki kalu tgn dan kaki dah naik dia akan lakukan lagi". Betul. Pasti kita dapat menyelesaikan segalanya tanpa menyakiti diri sendiri. Pasti tanpa dia yang kejam disisi. Pasti bole. Xkn nk tunggu patah riuk baru nk blah?? Ohw tidak~! Mungkin dia bleh bg chan! Tp klu buat lg, ahhh... Jgn lahhhh. Sedih peah tau!!

Tapi setelah aku bersama2 mendengar ceritanya. Aku terasa dia begitu tabah menghadapi hidupnya. Dia sentiasa berdoa supaya الله membuka hati suaminya supaya akan berubah sedikit demi sedikit. Tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Apa yang aku boleh contohi dari dirinya "sentiasa memaafkan mereka yang melakukan kesilapan dan sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka". Namun... Aku masih sedih dan takut adakah dirinya akan diperlakukan sekali lagi seperti mana yang dia pernah lalui sebelum ini? Aku takut hilangnya kawan yang begitu baik. Tapi aku hanya insan luar yang tidak boleh masuk campur dan tentukan untuknya. Hanya الله yang mengetahui segalanya.

Ya rabbi. Kau lindungi dia dan jadikan mereka keluarga yang bahagia. Dan kau lindungilah aku dan jadikan juga aku dan keluargaku sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh muuuuu~